Monday, January 18, 2016

BELL's PALSY

BELL's PALSY adalah nama penyakit yang menyerang SARAF WAJAH hingga menyebabkan lumpuh wajah sebelah. Kelumpuhan ini terjadi akibat dari kelainan fungsi pada "Cranial Nerve" iaitu Saraf Kranial (juga disebut Saraf Otak kerana saraf ini muncul terus daripada otak). Penyakit ini menyerang "Nervus Facialis" iaitu Saraf Wajah (Saraf Kranial ke 7 drp 12 saraf) hingga menyebabkan kelumpuhan tiba-tiba pada otot di salah satu sisi wajah. Walaupun hampir menyamai simptom stroke, tetapi sebenarnya tidak sama kerana Bell's Palsy hanya melibatkan kerosakan pada Saraf Wajah sahaja, manakala stroke melibatkan kerosakan pada bahagian otak yang mengatur pergerakan salah satu sisi tubuh badan termasuk wajah (kiri atau kanan). 






Secara umumnya, Saraf Wajah adalah saraf yang merangsang dan menggerakkan otot-otot wajah, menstimulasi kelenjar air liur dan air mata, serta mengawal deria rasa lidah. Inilah terhasilnya ekspresi wajah seperti senyum, ketawa, menangis, kedipan mata dan sebagainya. Bermakna jika saraf ini lumpuh, maka berlakulah simptom Bell's Palsy pada sebelah wajah.

PUNCA BELL's PALSY
Sebenarnya penyebab penyakit ini masih belum diketahui secara pasti. Namun dari pengalaman pesakit dan hasil kajian pakar, ia kemungkinan disebabkan oleh:
- Infeksi virus herpes simplex. Virus ini juga punca penyakit kayap dan cengkering (chicken pox), hidup di dalam saraf ganglion sama ada di sebelah kiri atau kanan telinga
- Infeksi virus lain seperti virus herpes zooster, eppstein-barr, syphillis dan HIV
- Penyakit autoimun
- Penyakit mikrovaskular seperti diabetes melitus dan hipertensi
- Faktor genetik/keturunan
- Berkaitan suhu/udara dingin

SIMPTOM/GEJALA BELL's PALSY
- Lemah pada otot muka secara tiba-tiba
- Kebas sebelah muka sahaja
- Dahi tidak berkedut
- Mata kering
- Air mata/tahi mata berlebihan
- Kelopak mata jatuh
- Otot pipi jatuh, bergerak sendiri/lemah
- Hujung mulut jatuh
- Mulut kering
- Sukar mengawal air liur dari meleleh
- Deria rasa lidah berkurangan
- Sakit mencucuk di belakang telinga
- Sensitif pada bunyi persekitaran


RAWATAN BELL's PALSY
Penyakit ini sebenarnya tidak berbahaya dan boleh sembuh sepenuhnya dengan sendiri, cuma jangkamasa kesembuhan itu bergantung kepada usaha dan rawatan yang diambil. Menurut doktor, ada yang sembuh seawal 2 minggu dan selewat 6 bulan dengan rawatan yang bersesuaian, namun boleh sampai 1 tahun jika tidak dirawat dengan segera. Ada pelbagai rawatan yang disarankan mengikut keadaan pesakit, rujuk pada gambar "Treatment". Salah satu Rawatan Alternatif yang semudah sapu di Nadi sahaja, boleh cuba ikhtiar dengan krim terapi hormon FIRMAX3, rujuk pada gambar "Testimoni". 




Info: Ada pendapat mengatakan Bell's Palsy ini umpama stroke ringan. Oleh itu, jika anda atau kenalan anda mengalaminya maka segeralah mendapatkan ilmu dan rawatan di samping melakukan senaman wajah untuk mengelakkan terjadinya stroke yang lebih bahaya atau meninggalkan kecacatan pada wajah, rujuk pada gambar "Exercises". Untuk tips dan langkah berjaga-jaga pula, sila rujuk pada gambar "Prevention". Semoga perkongsian ini bermanfaat serta membantu Mencegah sebelum terkena dan Merawat sebelum parah. Untuk kebaikan bersama, sila Share/Tag nama insan-insan kesayangan/kenalan anda.


No comments:

Post a Comment