Sunday, January 17, 2016

Kita Jadi Mangsa

Semua bahan kimia dianggap selamat bagi kegunaan manusia melainkan terbukti sebaliknya. Di Amerika Syarikat (AS), Australia dan negara lain tidak terdapat keperluan untuk menunjukkan bahawa bahan kimia selamat sebelum manusia terdedah kepadanya. 

Manusia pada dasarnya telah digunakan sebagai tikus makmal dalam ujikaji bahan kimia global ini oleh syarikat-syarikat besar.


Contohnya, Bisphenol A(BPA) pertama kali digunakan secara komersial pada 1957 selepas 40 tahun penggunaannya, kesan sampingan pertama BPA terhadap haiwan dilaporkan pada 1997. Selapas 15 tahun kemudian pada 2012, Pentadbiran Makanan dan Ubatan AS mengharamkan penggunaan BPA dalam botol bayi.

Perkara ini dilakukan selepas banyak kajian menunjukkan kaitan BPA dengan kanser payudara dan kanser lain, masalah reproduktif, baligh awal, obesiti, diabetes dan masalah jantung.

Ia mengambil masa 55 tahun pendedahan manusia kepada BPA yang membunuh itu sebelum tindakan pertama diambil terhadapnya.

3.6 juta tan BPA digunakan setiap tahun,terutama sekali sebagai pemplastik untuk membuat plastic polikarbonat (digunakan untuk botol bayi). Kegunaan lain termasuklah sebagai lapisan dalaman bagi makanan dan minuman dalam tin, salutan kertas haba (resit pasaraya), pelekat, gigi palsu, alat ganti kereta dan peralatan pejabat,dan sebagainya.

Berjuta bayi dan pengguna terus menjadi mangsa dalam ujikaji bahan kimia global ini dengan lebih 80,000 bahan kimia yang digunakan hari ini-kebanyakkannya tidak diuji akan keselamatannya.

BAHAN KIMIA PENGGANGGU HORMON BOLEH MEMUDARATKAN DAN MEMBUNUH ANDA
===================================
BPA hanya salah satu daripada anggaran 1,000 bahan kima dengan cirri-ciri pengganggu hormon. HORMON PENYELARAS PERKEMBANGAN SETIAP INDIVIDU DARIPADA SATU SEL YANG DISENYAWAKAN KEPADA BERJUTA SEL KHUSUS YANG MENJADI DARAH,TULANG OTAK DAN TISU LAIN. GANGGUAN TERHADAP HORMONE KITA BOLEH MENYEBABKAN KACAU BILAU DALAM TUBUH, MEMBENTUK PENYAKIT SEPERTI KANSER, MASALAH JANTUNG, MALAH KEMATIAN.

"Bahan kimia penganggu hormon juga dikenali sebagai bahan kimia penganggu endokrin (EDCs). Bahan-bahan kimia ini ada di sekeliling kita - dalam udara yang kita sedut, dalam air yang kita minum, pakaian yang kita pakai, makanan yang kita makan, produk penjagaan kulit dan alat solek yang kita gunakan, produk isirumah yang kita gunakan untuk mencuci dan dalam produk yang kita gunakan"

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menggelarnya sebagai ancaman global.

No comments:

Post a Comment