Wednesday, December 2, 2015

Inilah Amalan untuk Memperlancar Rezeki

Rezeki merupakan perkara ghaib layaknya jodoh dan kematian. Meski sudah bekerja keras dan berusaha, tetap saja hasil akhirnya Allah yang menentukan. Tidak jarang, walau sudah berusaha optimum dalam mendatangkan rezeki, namun rezeki yang ditunggu tidak kunjung datang kepada kita.


Meski kadar rezeki manusia masing-masingnya sudah ditetapkan, namun Allah tidak serta merta mendatangkannya begitu saja. Ada yang datangnya mudah, ada pula yang harus menunggu sangat lama. Ternyata ada cara cara untuk menjemput dan menggapainya. Tidak hanya dengan bekerja keras, namun dengan amalan-amalan yang mungkin tidak masuk secara logik. Misalnya dengan berkahwin dan banyak sedekah.


1. Bersyukur
Bersyukur adalah ungkapan cukup atas apa yang telah kita terima. Meski kelihatan begitu remeh, namun kegiatan ini ternyata susah dilaksanakan. Ketika manusia mendapat sesuatu, pasti dia menginginkan hal-hal yang lebih lagi dari yang dimiliki. Ini membuat lupa serta tidak menghargai apa yang sudah diambil ilmunya.
Bersyukur tentu saja tidak hanya berupa rezeki yang tampak. Namun terhadap rezeki yang tidak kelihatan seperti kesihatan. Dalam kitab suci Al-Quran dijelaskan bahawa bersyukur akan mendatangkan lebih. Seperti janji Allah dalam surat Ibrahim: 7. Namun ini akan berbalik jika kita ingkar, maka Allah akan mendatangkan azab yang begitu peduh.

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), Maka Sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Q.SIbrahim: 7)

2. Solat Dhuha
Solat Dhuha merupakan salah satu amalan untuk memperlancar rezeki. Solat sunnah ini dilakukan menjelang tengah hari apabila matahari sepenggalan naik. Rakaatnya berjumlah dua hingga 12 rakaat. Dalam doanya terdapat permintaan tentang rezeki yang begitu luas. Jika sering melakukan solat ini, Insyaallah boleh memperlancar rezeki dari arah yang tidak kita duga sebelumnya.

3. Birrul Waliddain (Patuh Kepada Kedua Orang Tua)
Bagaimana boleh patuh kepada orang tua mendatangkan rezeki? Kerana redha Allah adalah ridhanya orang tua dan sebaliknya, jika orang tua murka terhadap kita maka Allah dengan mudah menyengsarakan hidup kita, termasuk menutup pintu rezeki. Untuk itu, patuhlah kepada orang tua, serta selaraskan impian kita dengan impian mereka.

4. Berkahwin
Ternyata berkahwin juga merupakan amalan untuk memperlancar rezeki. Bagaimana boleh? Berkahwin akan mendatangkan keberkatan kerana dalam menikah ada setengah kesempurnaan agama setiap manusia. Ketika berkahwin ada dua keluarga besar yang mendoakan untuk kebahagiaan pasangan yang berkahwin ini. Demikian halnya apabila punya banyak anak, maka rezeki pun semakin bertambah.

Kerana masing-masing anak, mempunyai rezekinya sendiri-sendiri yang telah ditetapkan oleh Allah. Terlebih jika pasangan suami isteri yang rajin berdoa pada pertengahan malam. Maka Allah akan malu tidak mengabulkan doa pasangan suami isteri tersebut. Atas dasar inilah berkahwin mampu membuka pintu rezeki, maka yang belum berkahwin.

5. Membaca Istigfar
Istigfar merupakan salah satu cara untuk memperlancar rezeki. Terkadang rezeki yang harusnya turun kepada kita terbantut kerana banyaknya dosa. Astagfirullahaladzim merupakan kata zikir untuk memohon keampunan dan penghapus dosa. Jika banyak berdizikir kepada Allah, insyaallah dosa-dosa akan diampuna sehingga tidak lagi menghalang datangnya rezeki.

"Maka aku katakan kepada mereka," Mohonlah ampun kepada Tuhanmu Seseungguhnya dia adalah Maha Pengampun, Nescaya dia akan menurunkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan pula untukmu di dalamnya sungai-sungai " (QS Nuh: 10-12).

Ayat tersebut diertikan sebagai salah satu cara untuk meminta diturunkannya rezeki dan hujan. Dengan beristigfar bermakna sudah bertaubat dan menjadi sarana membuka pintu-pintu rezeki.

6. Membaca Shalawat
Membaca kalimat Allahumma Shalli Alaa Sayyidina Muhammad Wa alihi Washahbihi Wasallim menjadi salah satu cara mendatangkan rezeki. Ini kerana Nabi Muhammad merupakan manusia mulia dan Allah akan mendatangkan keberkatan kepada siapa yang membaca shalawat untuknya. Perintah membaca shalawat ini terkandung dalam Al-Quran dan Hadis, sehingga tidak disangsikan lagi khasiat dari membaca shalawat ini.

7. Sedekah
Ternyata dengan memberikan sebagian rezeki yang kita miliki kepada orang lain maka akan mendatangkan lebih banyak rezeki. Seperti ungkapan, jika kita tidak memberi, maka kita tidak akan menerima. Ternyata sedekah merupakan kunci yang paling ampuh untuk membuka pintu rezeki. Allah akan melipatgandakan pahala sedekah ini, dari sepuluh menjadi beratus-ratus kali ganda, dan ini sudah banyak terbukti.

Itulah amalan yang menjadi jalan untuk memperlancar rezeki. Cara-cara di atas sudah banyak dijalankan dan sudah terbukti ampun mendatangkan rezeki. Semoga rezeki kita dimudahkan dan dilancarkan, terimakasih sudah membaca.

No comments:

Post a Comment