Friday, September 12, 2014

RF3World Dalam Akhbar KOSMO! Hari Ini

KOSMO!
Lampiran NEGARA!
JUMAAT, 12 SEPTEMBER 2014    


EDAR KOSMO! Syarikat produk kecantikan RF3World Sdn Bhd (RF3World) mengedarkan 1,500 naskhah akhbar Kosmo! kepada jemaah haji dan ahli keluarga mereka yang berkumpul di Kompleks Haji, Kelana Jaya semalam.  

Pengedaran akhbar Kosmo! secara percuma itu dibuat secara berperingkat bermula dari penerbangan kumpulan pertama jemaah haji pada 27 Ogos lalu sehingga kumpulan terakhir, 27 September ini.  

Pengarah Pemasaran RF3 World, Megat Nor Azhar berkata, program seumpama ini adalah antara usaha yang dilakukan  oleh syarikat untuk mendekatkan diri dengan orang ramai.  

"Pendekatan sebegini membolehkan orang ramai mengetahui mengenai syarikat yang dimiliki penuh oleh bumiputera dan mengenali produk-produk kami yang agak baru pasaran. "  

"Ini juga  merupakan tanggungjawab sosial  RF3World dalam meningkatkan pengetahuan orang ramai menerusi akhbar Kosmo!", katanya ketika ditemui selepas mengedarkan akhbar kompak itu di khemah khas jemaah haji dan ahli keluarga mereka di Kelana Jaya semalam.


No comments:

Post a Comment