Tuesday, September 16, 2014

Terapi oksigen pulih keletihan

ARKIB : 01/07/2008

Terapi oksigen pulih keletihan



MUHAMMAD Raid Jamhari sedang mencuba alat terapi oksigen sambil ditemani oleh adiknya, Yana. Gambar WAHIDAH ZAINAL


MANUSIA mungkin boleh hidup tanpa makanan selama 15 hari dan tanpa air lebih tujuh hari, namun tubuh tidak akan mampu bertahan tanpa oksigen lebih daripada beberapa minit.

Oksigen merupakan nutrien paling penting yang diperlukan pada setiap saat yang mana 80 peratus nutrien di dalam otak manusia adalah oksigen. Oksigen yang bersih dan kuantiti yang banyak serta segar sangat diperlukan oleh otak.
Apabila sel-sel di dalam badan tidak mendapat oksigen yang mencukupi, maka akan lahirlah sel-sel mati yang berpotensi bagi melahirkan sel kanser.
Menyedari kepentingan menghirup oksigen yang bersih tanpa sebarang elemen pencemaran, telah membuka peluang kepada sebuah syarikat bumiputera, iaitu SmartWay Sdn. Bhd. bagi mengedar alat terapi oksigen yang dinamakan Smart 02.

Menurut Pengurus Operasi dan Pembangunan Perniagaannya, Putri Fara Deba Ahmad, pencemaran alam sekitar seperti jerebu dan asap daripada aktiviti perindustrian serta kenderaan merupakan penyumbang utama kepada peningkatan kandungan bahan sisa berbahaya seperti karbon monoksida di dalam udara.

Beliau berkata, kesan karbon monoksida pada manusia akan menghalang fungsi darah yang membawa oksigen ke dalam tisu badan termasuk organ penting seperti jantung dan otak.

‘‘Di antara tanda-tanda awal akibat terdedah kepada pencemaran ialah pening kepala, cepat letih, mudah mengantuk, kurang konsentrasi dan tidak bertenaga.
“Tanda-tanda penyakit seperti ini berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia, status, latar belakang malah kepada mereka yang mengamalkan cara hidup sihat.

‘‘Menghirup oksigen dengan kapasiti yang tinggi merupakan satu-satunya rawatan yang dikenalpasti dalam bidang perubatan bagi menghadapi pencemaran masa kini,’’ katanya ketika ditemui di pejabatnya di Petaling Jaya, Selangor.

Tambah Putri Fara Deba, Smart 02 memberi 30 peratus oksigen bersih dan segar untuk paru-paru yang keletihan kerana memproses udara yang tercemar. Dengan menghirup 30 peratus oksigen selama 30 hari, seseorang itu akan dapat merasai perubahan pada dirinya.

Alat alternatif penjagaan kesihatan ini menyedut udara yang ada di sekeliling kita, menapis dan mengeluarkan semula udara yang lebih bersih.
Beliau menjelaskan, antara kebaikan menghirup 30 peratus oksigen ialah menghilangkan rasa penat daripada bekerja atau selepas bersenam, meningkatkan konsentrasi terutama kepada pelajar dan pemandu jarak jauh, menghilangkan rasa pening-pening dan membuatkan tubuh berasa segar semula.

Ibu mengandung

Oksigen juga penting bagi ibu mengandung kerana janin memerlukan oksigen tambahan, selain mengurangkan kadar gula dan lemak dalam darah.
Dalam pada itu, oksigen yang bebas daripada sebarang pencemaran turut menggalakkan pembentukan kulit yang cantik, menghindarkan penyakit kanser dan asma, serta merawat pelbagai penyakit kesan daripada pencemaran udara.
Katanya, darah manusia adalah cecair tisu di mana fungsi utamanya adalah menjadi pengangkutan oksigen ke seluruh tubuh badan.

Darah juga membekalkan tisu dengan zat, menyingkirkan bahan kumuhan dan juga mengandungi pelbagai bahan sistem imunisasi bertujuan mempertahankan badan daripada jangkitan kuman.

“Darah manusia berwarna merah, merah terang apabila mengandungi oksigen dan merah tua apabila kekurangan oksigen.

“Terdapat 2,000 liter darah mengalir ke dalam otak manusia setiap hari. Dan ia merupakan suku daripada keseluruhan darah yang digunakan di dalam tubuh badan manusia.
“Otak memerlukan darah yang banyak terutama apabila fikiran sedang menumpukan kepada sesuatu perkara. Oleh demikian, otak kita memerlukan lebih banyak darah yang kaya dengan oksigen,” katanya.

Menurut beliau lagi, oksigen 30 peratus juga membantu golongan pelajar kerana ia dapat meningkatkan konsentrasi terhadap pembelajaran dengan jangka waktu yang lebih lama dan tidak mudah hilang fokus, meningkatkan IQ dan menggalakkan perkembangan minda yang positif.

Selain pelajar, pemandu dan pekerja turut memerlukan oksigen 30 peratus kerana dapat meningkatkan fokus serta menghindar rasa mengantuk semasa memandu terutama pemanduan jarak jauh dan bagi pekerja, ia dapat meningkatkan produktiviti kerja.

Kualiti kesihatan turut dapat dipertingkatkan kerana oksigen 30 peratus dapat membantu menghilangkan rasa penat dan stres selepas bekerja atau selepas bersenam, mengaktifkan perjalanan darah yang akan meningkatkan stamina serta tenaga, sebagai vitamin alternatif untuk sumber tenaga pada otak yang penat.

SmartWay yang menjadi pengedar tunggal alat terapi oksigen Smart O2 sejak tahun lalu, mahu orang ramai peka tentang pentingnya alat bagi penjagaan kesihatan bagi mendapatkan kesihatan yang baik sepanjang masa.
Istimewanya alat terapi oksigen ini ialah ia boleh digunakan di mana-mana sahaja dan mudah dibawa. Pengguna boleh menggunakannya di pejabat, selepas bersenam, semasa berehat, ketika hendak tidur dan ketika memandu.
Menurut Putri Fara Deba lagi, mereka yang sukar tidur digalakkan mengambil oksigen 30 peratus ini kerana selepas pengambilan selama setengah jam, mereka akan dapat tidur dengan nyenyak.

‘‘Ia merupakan cara semula jadi untuk menyedut oksigen dan tidak mengandungi kimia atau steroid,” jelas beliau.

Alat terapi oksigen dijual pada harga biasa RM3,024 namun kini boleh dibeli pada harga promosi RM2,880.

Bagaimanapun bagi mereka yang ingin mencuba alat terapi oksigen ini, Smart Way menyediakan dua lokasi, iaitu di Sunway Mentari dan Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor.

‘‘Kami meletakkan empat buah alat dan pelanggan boleh menggunakannya secara percuma. Setiap kali rawatan mengambil masa selama setengah jam. Ini merupakan sumbangan kami kepada masyarakat,’’ katanya.

Kepada mereka yang ingin mencuba atau ingin membeli alat terapi oksigen bagi kegunaan di rumah boleh menghubungi talian 016-2157501.

No comments:

Post a Comment